Tips Test JPJ

11:30:00


Assalamualaikum ♥ 


Actually aku tak adalah special tips sangat untuk hari test JPJ ni. Cuma sedikit nasihat dan tips untuk bagi korang yang akan duduk test JPJ dalam masa terdekat ni.

  • 1. Doa

Yes. Doa ni sangat penting. tbh, aku memang nervous gila. Aku kena yakin Allah ada untuk tolong aku. And minta tolong parents kita doakan. memang maybe ini just test jpj je. fail nanti boleh repeat. tak ada orang nak kisah pun kan? Tapi, duit dan masa yang kita korbankan. Tak akan nak amik banyak kali. Ye dak?

Aku doakan yang aku kena petang since time tu maybe tuan JPJ tu dah penat. hehe. tapi Allah aturkan tuan JPJ yang hati lembut dekat aku. Haha, kita tak tahu rezeki kita. Doa dan usaha. InshaAllah.

Korang doalah supaya hati dia lembut, kesian tengok korang and Allah permudahkan semuanya.


  • 2. Drive selalu

Yang ini untuk biasakan diri korang dengan stereng kereta, untuk mencekapkan diri dengan stereng kereta lah. and supaya tak rasa nervous atas jalan raya nanti. tapi korang kena lah hati-hati and pandai-pandailah, jangan jadi macam aku, hampir nak kena saman weh. Kalau kena saman bukan setakat lesen di tarik, aku kena masuk ceramah balik. Mujur, tak kena. Hehe.

Kalau korang rasa korang agak-agak dah lupa, boleh lah pergi ke kelas untuk masa tambahan. Supaya tak lupa.

Sebab kawan aku tu dia sampai lupa cara nak parking since lama sangat tunggu test JPJ.

Kalau dekat rumah still ada kereta manual, lagi bagus. Since rumah aku ada dua-dua memang aku bawa dua-dua. Sebab nak biasakan dengan semua jenis kereta yang ada dekat rumah ni. Hehe.


  • 3. Ulangkaji RPK & RSM

Aku memang cakap betul, time aku QTI, aku kena sembur kaw kaw dengan cikgu aku betul-betul sebab banyak auta yang dikeluarkan dari fakta. Sebab tu lah aku baca gila-gila punya nota. Aceeyyh. Tidak pun.

Aku baca sikit-sikit je and agak-agak macam benda penting aku hafal betul-betul. Hehehe. Kalau korang rasa macam dah ingat-ingat lupa, bolehlah rujuk Youtube tu, memang ada je. tapi time QTI je aku buat cam tu, time nak JPJ ni tak sangat pun. lol.


Okay tu je kot.

and jangan nervous sangat. Kalau korang nervous memang benda elok habis semua FAIL. relaks, anggap macam buat latihan kereta ja.

since aku ni jenis manusia cakap banyak, cara aku nak hilangkan nervous aku adalah dengan bercakap. Memang aku tak berhenti cakap sampai lah aku masuk kereta dan tuan JPJ yang bercakap. Hampir semua dekat situ dah tunduk main phone and krik krik, aku bercakap macam dj tanpa henti.

Jadi DJ tak bergaji dan tak bertauliah. lol.

Jangan lupa senyum dekat tuan JPJ tu kalau masuk, bagi salam. ;)


Kbai. 


You Might Also Like

4 Love Letter(s)

  1. parents saya tak izinkan saya drive sebelum dapat lesen. so nak taknak kena buat kelas tambahan dengan cikgu memandu semata mata nak praktis

    ReplyDelete
  2. simple but informative tips given..yes, kena bnyk berlatih before attend the test... anyway this is my blog http://mrparanoidwords.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Kena berlatih dulu sebelum test. And buat ramah sikit dengan abang/akak JPJ tu, tu pun kena tengok mood dia jugak

    ReplyDelete
  4. time akk nak test jpj. seriusss xstudy pape. dapat jpj garang n cerewet slumber je. bhahaha

    ReplyDelete

Like us on Facebook