Tips : Jom Kuruskan Badan! (Part One)

22:41:00



Assalamualaikum ladies. Hehehe, gentlemen tak de? Okay, hi encik gentlemen. ^^v~

Hari ni aku nak share sikit tips untuk korang yang badan Comel-comel ni dan yang sudah naik selepas raya. //bajet macam hang kurus sangat Aina oii. T__T


Tips ni.. sesuai untuk golongan yang mempunyai gastrik yang agak teruk dan masalah berat badan yang agak serius. Kerana apa? Sebab geng-geng gastrik ni selalunya tak tahan kalau tak makan nasi sehari. Yes. Macam aku. Seriously, memang kalau tak ada nasi tu.. rasa macam boleh mati.


Aku akan muntah-muntah, pening kepala, perut pedih dan sebagainya. Bila tiba bulan puasa.. selalunya aku akan ada 2-3 hari demam sebab badan lembiik gila. Even dah makan sahur. 

Tips-tips ni, aku kasi sebab aku sendiri dah cuba. 5 kg turun weh kalau korang betul-betul displin gilaa! :) Dalam seminggu camtu.


1. Gantikan Beras biasa kepada Beras Perang/Basmati

Inilah rupa beras perang yang sudah di masak. :)

Memang rasa dia tak lah senyum-nyum nasi putih biasa. Sebab dia kurang kanji. Yes! Sangat bagus juga untuk orang yang ada kencing manis, kolestrol . 

Masa yang di ambil untuk dia masak agak lama berbanding beras biasa sebab dia perlu mengunakan lebih banyak air. Kalau tidak beras yang di masak akan menjadi keras! Aku pakai jenama Eco Brown's

Beras Basmati ni kalau korang tengok Faiza yang Singh tu cakap.. "Panjang"


Aku tak buat jadi beras harian sebab agak mahal. T_T Kalau korang berduit dan nak yang sedap sikit. Korang boleh makan beras ni. 

Family aku makan beras ni time nak buat Nasi Arab yang Ayah aku masak. Sangatt sedapp wooii.

Slow-slow kurangkan kuantiti okay? Kalau dah biasa 2 senduk, jadikan 1 1/2. dan seterusnya.


2. Gantikan minyak Masak biasa kepada Minyak Zaitun.

Yelahkan? Mestilah bosankan kalau asal nak diet je kena makan rebus, bakar dan kukus. Sesekali nak makan juga yang goreng kan? So, kalau nak tumis bahan-bahan masakan boleh pakai yang ni. 2 sudu dalam setiap masakan.

InshaaAllah, ia akan menyihatkan tubuh badan korang sebab buah zaitun ni one of buah-buah yang di sebut dalam Al-Quran dan juga makanan sunnah. :) Sebab apa kena tukar? Sebab minyak masak biasa tu dia akan mematikan khasiat. Nak tahu kenapa pakai minyak zaitun. Teruskan membaca. ʕ̡̢̡*✪௰✪ૢʔ̢̡̢

Dan aku gunakan Minyak Zaiton syarikat Yusuf Taiyobb. *baca cara bisik-bisik sikit. eheh.*

Korang jangan gantikan dengan minyak rambut zaitun yang Safi tu. Yang itu untuk letak dekat rambut weh. Hahaha.




Kenapa korang kena pakai minyak ni juga? 

Amalkan gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan. juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah berat badan...

So, jangan risau.. korang still boleh makan makanan yang goreng-gorengan okay? Nampak apa yang aku bold tebal-tebal tu?


3. Jangan makan Paha Ayam

Okay, Ini memang faveret guee. So, sebab nak juga makan. Ayah aku membakarnya dalam oven. Tapi untuk pengetahuaan korang. Dekat paha ayam inilah ayam di cucuk ubat gemuk.

Manusia sibuk nak kurus, ayam sibuk nak gemuk. Ceh. (*´°̥̥̥̥̥̥̥̥﹏°̥̥̥̥̥̥̥̥ )人(´°̥̥̥̥̥̥̥̥ω°̥̥̥̥̥̥̥̥`)


Okay, Doktor cakap, kalau nak makan ayam juga boleh. Jangan makan kulit dia dan juga lemak-lemak dia. 

Dan mak aku cakap, makan dekat bahagian Dada dia. _φ( ̄ー ̄ )



Okay, sampai sini dulu. Sebab panjang sangat dah aku rasa ni. Aku akan sambung nanti ok?

 ღԵհɑղƘՏღ( ؔ✪̤ ◡ ؔ✪̤` ๑)






You Might Also Like

3 Love Letter(s)

  1. wooo.. perkongsian yang menarik nihh aina.. hihhi ;D

    ReplyDelete
  2. skrg kena mkn secara berhemah sbb dah masuk 41 thn!

    ReplyDelete
  3. huhu.. makin berusia makin kena berjaga2 bab makan... huhu thanks for tips..

    ReplyDelete

Like us on Facebook